Thursday 1 December 2011

Couple?? Kaji Semula

Pertama, sy ingin mengatakan istilah-istilah couple dalam jiwa remaja mengikut dimensi mata saya sendiri, anda setuju atau tidak setuju saya tidak kesah, namun, maaf jikalau anda tidak setuju, namun ini pendapat saya mengenainya, mereka berpendapat bahawa, couple ini diistilahkan sebagai suatu permainan just for fun... sy yakin anda mesti pernah dengar, kalau kita puasa di bulan ramadhan, kita ada niat nak kuruskan badan or diet masa bulan ramadhan, maka kita hanya dapat itu sahaja, namun jika kita melakukannya demi Allah, or bhs "hilirannya" for Allah, not for fun... kita dapat yang sampingan tu sekali disamping mendapat pahala dan menyempurnakan rukun Islam ke-3... saya taknak cakap couple itu haram, jika dan hanya jika istilah couple itu diperbetul, menggunakan pendekatan dimensi Islam. yang menjadi masalah, jika kita tengok orang-orang yang bercouple, mereka dok rapat-rapat ke jauh-jauh? mereka ada pegang-pegang tangan ke tidak? ikut kajian-kajian yang saya ikuti, kita akan menjadi lebih berani terhadap perasaan seseorang jika kita lebih rapat dengan mereka... dan anda mesti pernah dengar tentang setiap barang baru, lama-lama dia akan jadi buruk, setiap suasana baru (kita akan janggal tak biasa dan akan kurang menunjukkan diri kita) lama-lama akan jadi biasa dan berani... perkara kebiasaan ini lah yang menjadi permasalahan, bila biasa, kita akan lebih berani... maka, pertama berani mungkin pegang-pegang tangan, kedua, ha, dah pandai dah belai-belai manja.. pastu, dah pandai main-main "nafas" dekat-dekat... dan setersnya sampailah anda sendiri tau, kes buang itu buang ini... benda mcm nie, barang nafsu tuan-tuan, tambah lak ngan setannya lagi... peh, lg la tak leh tahan... dengan main perasaan remajanyalah lagi... jangan nak bohong la, ckp bleh tahan nafsu, benda depan mata beb, orang gila pun akan berjalan kehadapan bukannya kebelakang beb... jadi, bagaimana jika kita nak berpasangan tapi kita tak nak buat perkara muqaddimatuzzina?? macam ni la, saya  tak nak cakap couple itu haram, tapi saya tak cakap yang ianya adalah halal, saya bagi anda fikir sendiri, anda buat 2 perbandingan, pertama, kebaikan bercouple, dan keburukannya dan jawab ia melalui melalui keislaman yang ada pada diri anda. dan saya nak ingatkan kembali sekaligus menjadi konsiderasi dalam perbandingan tadi, KITA TINGGALKAN APA YANG ALLAH LARANG JUGA MERUPAKAN IBADAH KEPADA ALLAH DAN ITU MERUPAKAN PAHALA YANG BESAR....maka dengan meninggalkannya juga kita secara tidak lngsung menempurnakan tanggungjawab kita sebagai pendakwah yang mana wajib keatas seseorang muslim... amar makruf nahi mungkar... (dakwah ni tak semestinya hanya kita kena sampaikan kpd orang lain, kita menyuruh diri kita kearah Allah dan meninggalkan apa yang Allah larang itu juga dakwah). couple ni benda besar kita seagai orang islam... bukan main-main tuan-tuan dan puan-puan... TAKDE APA YANG SENANG DALAM DUNIA NI... tanya orang non-muslim pun diorang mengaku jugak takde pe yang mudah dalam dunia ni... persoalnanya... ada kah couple (berpasang-pasangan) yang dibenarkan? huhu... yang pasti, apabila sesuatu itu jika tidak bertentangan ngan hukum syarak, maka itu boleh. maka jika sesuatu itu adalah couple...  KAJI SEMULA... jika dan hanya jika anda seorang Musleem yang takut pada hukum Allah SWT...

No comments:

Post a Comment