Monday 28 May 2012

suatu ketika dahulu... benci tapi cinta?

Dulu...
Aku terlalu angkuh terhadap cinta ...
kini...
Cinta membalas kepadaku suatu makna  sebenar...
apakah itu cinta...
ia mamp menelan keangkuhanku terhadap cinta itu...
sehingga bagaikan berdegup jantungku selamanya...
begitu sakit dan indahnya ia...

aku pernah menjadi seorang pencinta ketika aku masih mentah tentangnya... aku benar-benar "cinta" pada dia. lantas aku bermain dengan cinta itu tanpa memanjangkan fikiranku... ternyata aku menjadi benci terhadap cinta sesudah itu... aku ditolak... aku matlah kecewa ketika itu... semenjak itu aku mula angkuh terhadap cinta...

hari demi hari berlalu, cinta yang aku bencikan itu mula singgah dihatiku lagi. entah bagaimana aku bisa jatuh cinta lagi... sedangkan aku begitu benci tatkala sahaja aku mendengar tentang cinta... namun, kali ini situasi berbeza, aku berazam tidak akan meluahkan rasa cintaku kepada sesiapa walaupun ia ada... namun terkadang timbul rasa ragu dihatiku... adakah benar bahawa aku benar-benar cintakan engkau?? persoalan antara rasional minda dan khayalan emosi... aku begitu pusing memikirkannya... minda menolak emosi menarik... mereka (emosi dan minda) kian bertempur mempertahankan takhta keangkuhan masing-masing... pihak manakah yang akan menang amatlah ditentukan oleh aku! sehinggalah tiada satu pun antara mereka yang berjaya meraih takhta itu... ia membuahkan takhta baru yang bernama "benci tapi cinta"

kenapa ia berlaku sedangkan aku amat mencintai dia?

rupanya jawapan itu tertulis di takhta itu...

"rahsia"

No comments:

Post a Comment