Thursday 1 December 2011

Couple?? Kaji Semula

Pertama, sy ingin mengatakan istilah-istilah couple dalam jiwa remaja mengikut dimensi mata saya sendiri, anda setuju atau tidak setuju saya tidak kesah, namun, maaf jikalau anda tidak setuju, namun ini pendapat saya mengenainya, mereka berpendapat bahawa, couple ini diistilahkan sebagai suatu permainan just for fun... sy yakin anda mesti pernah dengar, kalau kita puasa di bulan ramadhan, kita ada niat nak kuruskan badan or diet masa bulan ramadhan, maka kita hanya dapat itu sahaja, namun jika kita melakukannya demi Allah, or bhs "hilirannya" for Allah, not for fun... kita dapat yang sampingan tu sekali disamping mendapat pahala dan menyempurnakan rukun Islam ke-3... saya taknak cakap couple itu haram, jika dan hanya jika istilah couple itu diperbetul, menggunakan pendekatan dimensi Islam. yang menjadi masalah, jika kita tengok orang-orang yang bercouple, mereka dok rapat-rapat ke jauh-jauh? mereka ada pegang-pegang tangan ke tidak? ikut kajian-kajian yang saya ikuti, kita akan menjadi lebih berani terhadap perasaan seseorang jika kita lebih rapat dengan mereka... dan anda mesti pernah dengar tentang setiap barang baru, lama-lama dia akan jadi buruk, setiap suasana baru (kita akan janggal tak biasa dan akan kurang menunjukkan diri kita) lama-lama akan jadi biasa dan berani... perkara kebiasaan ini lah yang menjadi permasalahan, bila biasa, kita akan lebih berani... maka, pertama berani mungkin pegang-pegang tangan, kedua, ha, dah pandai dah belai-belai manja.. pastu, dah pandai main-main "nafas" dekat-dekat... dan setersnya sampailah anda sendiri tau, kes buang itu buang ini... benda mcm nie, barang nafsu tuan-tuan, tambah lak ngan setannya lagi... peh, lg la tak leh tahan... dengan main perasaan remajanyalah lagi... jangan nak bohong la, ckp bleh tahan nafsu, benda depan mata beb, orang gila pun akan berjalan kehadapan bukannya kebelakang beb... jadi, bagaimana jika kita nak berpasangan tapi kita tak nak buat perkara muqaddimatuzzina?? macam ni la, saya  tak nak cakap couple itu haram, tapi saya tak cakap yang ianya adalah halal, saya bagi anda fikir sendiri, anda buat 2 perbandingan, pertama, kebaikan bercouple, dan keburukannya dan jawab ia melalui melalui keislaman yang ada pada diri anda. dan saya nak ingatkan kembali sekaligus menjadi konsiderasi dalam perbandingan tadi, KITA TINGGALKAN APA YANG ALLAH LARANG JUGA MERUPAKAN IBADAH KEPADA ALLAH DAN ITU MERUPAKAN PAHALA YANG BESAR....maka dengan meninggalkannya juga kita secara tidak lngsung menempurnakan tanggungjawab kita sebagai pendakwah yang mana wajib keatas seseorang muslim... amar makruf nahi mungkar... (dakwah ni tak semestinya hanya kita kena sampaikan kpd orang lain, kita menyuruh diri kita kearah Allah dan meninggalkan apa yang Allah larang itu juga dakwah). couple ni benda besar kita seagai orang islam... bukan main-main tuan-tuan dan puan-puan... TAKDE APA YANG SENANG DALAM DUNIA NI... tanya orang non-muslim pun diorang mengaku jugak takde pe yang mudah dalam dunia ni... persoalnanya... ada kah couple (berpasang-pasangan) yang dibenarkan? huhu... yang pasti, apabila sesuatu itu jika tidak bertentangan ngan hukum syarak, maka itu boleh. maka jika sesuatu itu adalah couple...  KAJI SEMULA... jika dan hanya jika anda seorang Musleem yang takut pada hukum Allah SWT...

Tuesday 13 September 2011

Wasilah dakwah: masalah berkaitan dengan kehendak + isu pemakaian terutama bagi wanita zaman moden

 KEHENDAK YANG HEBAT


Wanita dizaman sekarang (kebanyakannya yang saya nampak) pakai ketat, tidak menutup auratnya dengan sempurna, pakai macam tak tau langsung hukum-hukum Allah(kepada yang benar-benar tak tau tu takpe la, tapi tak logik tak tau kan, contoh mcm tudung, mereka tau mereka islam, ikut mazhab syafie, dan bukan tak ada seorang pun permpuan yang  pakai tudung malah boleh dikatakan banyak la dekat Malaysia ni,tak logik langsung  tak tahu hukum menutup aurat terutama “tudung”...) namun mereka tetap manusia, mereka memiliki kehendak. Kehendak-kehendak inilah yang mereka pinta sebagai doa, jadi bilamana kita menyebut tentang doa, ia berkaitan dengan kuasa Allah untuk memakbulkannya dan ia secara asasnya benda berkaitan dengan ketuhanan iaitu agama (Islam) . jadi, bilamana kita bersoal tentang doa, ianya memang benar hanya Allah lah yang mampu memakbulkannya, tetapi, persoalannya,makbulkah doa seseorang itu?bolehkah kemakbulan sesebuah doa itu diukur dan dipertajamkan?  Bagaimana ingin doanya dimakbulkan? Dan beberapa pesoalan yang berkaitan. Analoginya, kamu ingin mendapatkan sebuah rumah yang besar, kamu sudah ada kemampuan dari sudut harta, namun bagaimanakah caranya untuk mendapatkan rumah itu? Pembayaran mesti dibuat demi untuk memiliki rumah tersebut. Rumah disini diibaratkan sebagai doa yang kita minta dan harta menggambarkan kita sebenarnya layak mendapat apa yang kita minta sebagai doa yang kita pohon selagi kita umat Islam dan perlaksanaan untuk mendapat kan umah itu menjadi hak milik kita itulah apa yang kita perlu demi menigkatkan lg kemakbulan doa yang diminta itu. Kereleveniti doa juga perlu dipertimbangkan semasa berdoa. Doa yang baik adalah doa atau permitaan terhadap perkara-perkara keakhiratan.
Manusia sering inginkan perkara-perkara yang kadangkala diluar kemampuannya, tidak salah untuk mengharapkan sesuatu seperti itu, memang banyak contoh berkaitan dengannya, contohnya, dalam mencari jodoh, seorang lelaki atau wanita khususnya, inginkan pasangan yang baik-baik, soleh solehah, sedangkan dirinya tidak memberi suatu atau sedikit pun tarikan yang membuatkan seseorang yang baik atau soleh solehah untuk mendekatinya,  ini banyak dilihat pada PEMAKAIAN manusia pada zaman sekarang. Bermacam-macam pakaian atau fesyen yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mungkin mereka tertukar perkataan MEMBALUT AURAT dengan MENUTUP aurat.

sabda Allah SWT:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga)”

                                                                                              Surah An-nur (ayat ke-26)




TIDAK SALAH BERFESYEN

Fesyen amatlah perlu dalam dunia dakwah moden, namun sesetengah pihak mengambil peluang ini khususnya di Malaysia, dengan cara yang mementingkan diri. Mengapa fesyen dianggap perlu bagi saya? Saya berpendapat bahawa, methodologi dakwah dizaman sekarang tau dizaman moden perlukan perubahan, jadi, fesyen sebagai medan dakwah adalah bagi saya amat boleh. Lagipun, sebagai seorang umat islam, kita diwajibkan keatas kita untuk menyurruh kepada yang benar dan mencegah kepada yang buruk. Definisi dakwah dari literature yang ditulis oleh pakar-pakar dakwah antara lain adalah, Dakwah adalah perintah mengadakan seruan kepada sesama manusia untuk kembali dan hidup sepanjang ajaran Allah yang benar dengan penuh kebijaksanaan dan nasihat yang baik (Aboebakar Atjeh, 1971:6). Dakwah adalah menyeru manusia kepada kebajikan dan petunjuk serta menyuruh kepada kebajikan dan melarang kemungkaran agar mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat (Syekh Muhammad Al-Khadir Husain). Dakwah adalah menyampaikan dan mengajarkan agama Islam kepada seluruh manusia dan mempraktikkannya dalam kehidupan nyata (M. Abul Fath al-Bayanuni). Dakwah adalah suatu aktifitas yang mendorong manusia memeluk agama Islam melalui cara yang bijaksana, dengan materi ajaran Islam, agar mereka mendapatkan kesejahteraan kini (dunia) dan kebahagiaan nanti (akhirat) (A. Masykur Amin).

Dari defenisi para ahli di atas maka boleh kita simpulkan bahawa dakwah adalah kegiatan atau usaha memanggil orang muslim walaupun non-muslim sekali pun, dengan cara bijaksana, kepada Islam sebagai jalan yang benar, melalui penyampaian ajaran Islam untuk dipraktekkan dalam kehidupan nyata agar bisa hidup damai di dunia dan bahagia di akhirat. Singkatnya, dakwah, seperti yang ditulis Abdul Karim Zaidan, adalah mengajak kepada agama Allah, yaitu Islam. Jadi konklusinya, berdakwah melalui fesyen ini  adalah suatu evolusi dakwah yang perlu diadaptasikan supaya penerimaan orang yang ditarget itu mampu membuahkan kesan yang positif. Namun bagaimana kita menggunakan fesyen sebagai medan dakwah itulah yang perlu dipertimbangkan. Fesyen adalah sesuatu pekara yang jika dilihat dewasa kini, sudah bagai menjadi satu dengan manusia terutama wanita. Fesyen yang dipilih mestilah bertepatan dengan syarat-syarat menutup aurat, bukan membalut aurat.

TUTUPLAH  AURAT  JANGAN  MEMBALUTNYA.

Allah SWT bersabda:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
 
                                                                                                    Surah An-Nur (ayat 31)




KEHARUSAN WANITA PAKAI JILBAB BILA BERADA DILUAR RUMAH

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Surah Al-Ahzab (ayat 59)







contoh-contoh fesyen yang "bley la"....



Friday 9 September 2011

Masanya belum hadir lagi... Namun...

Memang la semua orang ada apa yang dinamakan cinta kan? aku, kau, dia, beliau, semua ada.... tapi, adakah cinta reliable pada semua peringkat, tahap dan lain-lain. bila kita cakap pasal cinta nie, aq rasa semua orang ada andaian sendiri, ada cerita sendiri, pengalaman masing-masing, perasaan yang tersendiri. Jadi, bagi aku... aku belum lagi mencapai tahap di mana aku perlu apply cinta sbg keutamaan dalam hidup aku. cinta yang aku maksudkan di sini ialah cinta fitrah aku sebagai seorang manusia sesama berlainan gender. Namun begitu, aku tetap ada kisah cinta aku sendiri, kisahnya, aku rasa agak boring ngan yang lain, tapi, biasalah, cinta selalunya basically bermula ngan masa kecik-kicik lg, apatu? err, MONYET-MONYET CINTA? cinta monyet?? ha, lebih kurang le tu, jadi apa nak diceritakan disini, biasalah manusia belajar, n kita masa budak-budak la katakan, memang waktu tu kita kan tengah nak diskover dunia, jadi macam2 kita cuba, kalau jumpa yang baik, maka baiklah, tapi for those yang jumpa yang kurang baik tu yang agak masalah cket tu, tp bkan tu yang nak aku ceritakan disini, yang aku nak ceritakan disini, ialah, walaupun waktu budak-budak lg kita dah terdedah ngan apa yang dinamakan cinta. ada budak zaman sekarang nie kecik-kecik lg dah pegang handphone, aq tak langsung rasa ini patut diajar or dipupu kpd budak, ye, mmg la teknologi tu penting zaman nie, sapa yang x tau teknologi tu akan agak bermasalah la di era globalisasi nie. tapi kita nak apply menda tu biar la kena ngan caranya, nie, bdk umo 8 tahun dah bg pegang hp. aq agak x setuju la ngan pendedahan yang erlebihan nie...

ok, bermula lah apa yang aq nak citer sbnarya nie... ye, berkaitan cinta, bsically cinta berkaitan ngan perasaan kita, kehendak kita, NAFSU kiat.... pada aq, pada tahap aq, aq masih berlajar di matrikulasi uia, aku masih mencari-cari calon pasangan aq. tapi, apa persoalan yang sering timbul pada diri aq sendiri, adakah aq perlu untuk mencari pasangan cinta aq sedangkan aq xde intention untuk kawen lg. hatta, jika aq dah jumpa sekalipun, adakah perlu aq "pinang" dia untuk jadi kekasihku? (dia terima ke x tu jangan dok tanya la... tu lain citer) sedangkan aq xde niat untuk kawen lagi... jadi, jika aq cuba mendekati dia, n mintak kapel ke sbg contoh, bg aq itu hanya kerana AKU MENURUTKAN NAFSU aku sendiri. yes, pastinya, kalau kita mengikut nafsu kita, firstly compom setan akan jadi makhluk paling gembira dlm alam ciptaan Allah nie, pastu setan mulalah nak membisikkan perkara yang membuat kita lalai... jadi basically, jika ada orang tanya aku adakah wujud CINTA ISLAMIC, pendapat aku, ADA. kenapa? kerana jika kita ada intention yang baik, maka kita manage (ikhtiar) untuk fulfill menda tu ngan ikhlas, Allah yang membantu kita pastinya, lagipun hanya Allah yang tau apa yang berada dihati kita, kita xleh menipu Allah, jika kita nak menipu Allah maka, kita bagaikan menipu diri kita. jadi kalau sampai kita sendiri nak menipu diri kita sendiri, sapa lg yang nak kita percayai?? ha, pkiak la sendiri...

bila kita citer pasal pilihan, of kos, aq rasa suma orang ada taste sendiri kan, walaupun blum masanya aq ada pasangan untuk hidup aku, tapi aq tetap ada pilihan aq sendiri. pilihan untuk kita buat pilihan bkan bermakna kita mencari or memilih sangat, bagi aq, aq nak wanita yang cantik... hahahah, terok ke kalau aq pilih mcm tu?? bg aq ianya x salah, waktu (dalam konteks berkahwin) masih panyang lg untuk aq... 

ini semua hanya pandangan aq... huhuhu


cantik macam heliza pun ok gak... hahahah, kalau dapat isteri mcm heliza nie, peh... terbaik ah,,,

Thursday 8 September 2011