Tuesday 13 September 2011

Wasilah dakwah: masalah berkaitan dengan kehendak + isu pemakaian terutama bagi wanita zaman moden

 KEHENDAK YANG HEBAT


Wanita dizaman sekarang (kebanyakannya yang saya nampak) pakai ketat, tidak menutup auratnya dengan sempurna, pakai macam tak tau langsung hukum-hukum Allah(kepada yang benar-benar tak tau tu takpe la, tapi tak logik tak tau kan, contoh mcm tudung, mereka tau mereka islam, ikut mazhab syafie, dan bukan tak ada seorang pun permpuan yang  pakai tudung malah boleh dikatakan banyak la dekat Malaysia ni,tak logik langsung  tak tahu hukum menutup aurat terutama “tudung”...) namun mereka tetap manusia, mereka memiliki kehendak. Kehendak-kehendak inilah yang mereka pinta sebagai doa, jadi bilamana kita menyebut tentang doa, ia berkaitan dengan kuasa Allah untuk memakbulkannya dan ia secara asasnya benda berkaitan dengan ketuhanan iaitu agama (Islam) . jadi, bilamana kita bersoal tentang doa, ianya memang benar hanya Allah lah yang mampu memakbulkannya, tetapi, persoalannya,makbulkah doa seseorang itu?bolehkah kemakbulan sesebuah doa itu diukur dan dipertajamkan?  Bagaimana ingin doanya dimakbulkan? Dan beberapa pesoalan yang berkaitan. Analoginya, kamu ingin mendapatkan sebuah rumah yang besar, kamu sudah ada kemampuan dari sudut harta, namun bagaimanakah caranya untuk mendapatkan rumah itu? Pembayaran mesti dibuat demi untuk memiliki rumah tersebut. Rumah disini diibaratkan sebagai doa yang kita minta dan harta menggambarkan kita sebenarnya layak mendapat apa yang kita minta sebagai doa yang kita pohon selagi kita umat Islam dan perlaksanaan untuk mendapat kan umah itu menjadi hak milik kita itulah apa yang kita perlu demi menigkatkan lg kemakbulan doa yang diminta itu. Kereleveniti doa juga perlu dipertimbangkan semasa berdoa. Doa yang baik adalah doa atau permitaan terhadap perkara-perkara keakhiratan.
Manusia sering inginkan perkara-perkara yang kadangkala diluar kemampuannya, tidak salah untuk mengharapkan sesuatu seperti itu, memang banyak contoh berkaitan dengannya, contohnya, dalam mencari jodoh, seorang lelaki atau wanita khususnya, inginkan pasangan yang baik-baik, soleh solehah, sedangkan dirinya tidak memberi suatu atau sedikit pun tarikan yang membuatkan seseorang yang baik atau soleh solehah untuk mendekatinya,  ini banyak dilihat pada PEMAKAIAN manusia pada zaman sekarang. Bermacam-macam pakaian atau fesyen yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mungkin mereka tertukar perkataan MEMBALUT AURAT dengan MENUTUP aurat.

sabda Allah SWT:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga)”

                                                                                              Surah An-nur (ayat ke-26)




TIDAK SALAH BERFESYEN

Fesyen amatlah perlu dalam dunia dakwah moden, namun sesetengah pihak mengambil peluang ini khususnya di Malaysia, dengan cara yang mementingkan diri. Mengapa fesyen dianggap perlu bagi saya? Saya berpendapat bahawa, methodologi dakwah dizaman sekarang tau dizaman moden perlukan perubahan, jadi, fesyen sebagai medan dakwah adalah bagi saya amat boleh. Lagipun, sebagai seorang umat islam, kita diwajibkan keatas kita untuk menyurruh kepada yang benar dan mencegah kepada yang buruk. Definisi dakwah dari literature yang ditulis oleh pakar-pakar dakwah antara lain adalah, Dakwah adalah perintah mengadakan seruan kepada sesama manusia untuk kembali dan hidup sepanjang ajaran Allah yang benar dengan penuh kebijaksanaan dan nasihat yang baik (Aboebakar Atjeh, 1971:6). Dakwah adalah menyeru manusia kepada kebajikan dan petunjuk serta menyuruh kepada kebajikan dan melarang kemungkaran agar mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat (Syekh Muhammad Al-Khadir Husain). Dakwah adalah menyampaikan dan mengajarkan agama Islam kepada seluruh manusia dan mempraktikkannya dalam kehidupan nyata (M. Abul Fath al-Bayanuni). Dakwah adalah suatu aktifitas yang mendorong manusia memeluk agama Islam melalui cara yang bijaksana, dengan materi ajaran Islam, agar mereka mendapatkan kesejahteraan kini (dunia) dan kebahagiaan nanti (akhirat) (A. Masykur Amin).

Dari defenisi para ahli di atas maka boleh kita simpulkan bahawa dakwah adalah kegiatan atau usaha memanggil orang muslim walaupun non-muslim sekali pun, dengan cara bijaksana, kepada Islam sebagai jalan yang benar, melalui penyampaian ajaran Islam untuk dipraktekkan dalam kehidupan nyata agar bisa hidup damai di dunia dan bahagia di akhirat. Singkatnya, dakwah, seperti yang ditulis Abdul Karim Zaidan, adalah mengajak kepada agama Allah, yaitu Islam. Jadi konklusinya, berdakwah melalui fesyen ini  adalah suatu evolusi dakwah yang perlu diadaptasikan supaya penerimaan orang yang ditarget itu mampu membuahkan kesan yang positif. Namun bagaimana kita menggunakan fesyen sebagai medan dakwah itulah yang perlu dipertimbangkan. Fesyen adalah sesuatu pekara yang jika dilihat dewasa kini, sudah bagai menjadi satu dengan manusia terutama wanita. Fesyen yang dipilih mestilah bertepatan dengan syarat-syarat menutup aurat, bukan membalut aurat.

TUTUPLAH  AURAT  JANGAN  MEMBALUTNYA.

Allah SWT bersabda:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
 
                                                                                                    Surah An-Nur (ayat 31)




KEHARUSAN WANITA PAKAI JILBAB BILA BERADA DILUAR RUMAH

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Surah Al-Ahzab (ayat 59)







contoh-contoh fesyen yang "bley la"....



2 comments:

  1. betol ke apa yang anda tulis ni??? Sesungguhnya..kita adalah umat akhir zaman.. umat yang pertengahan..iaitu.. tidak melebih-lebih dan terlalu amat kurang....jgn kita terlalu selekeh dan jangan terlalu bergaya...Ingat sekiranya kita bergaya bertujuan untuk menarik perhatian orang...maka??

    ReplyDelete
  2. kita mmg umat akhir zaman, oleh sebb itulah kemodenan dawak perlu selaras dengan aliran masa atau zaman sekarang. dalam konteks kekontemporarian,dalam hal ini, jika kita berkata tentang dakwah melalui fesyen, menunjuk bukanlah suatu yang besar. jika kita lihat dizaman kontemporari ini, rata-rata umat manusia mampu dan bukanlah menjadi suatu beban bagi mereka untuk mendapatkan fesyen yang disukai, lagipun ini dalam skoop fesyen islamik (fesyen yang menutup aurat dgn sempurna), jadi walaupun org yang memakainya itu menunjuk apa yang dipakai sekalipun, itu jika dilihat dalam konteks dakwah kontemporari, ia juga dianggap dakwah. namun perkara-perkara menunjuk ini kita tidak ketahuinya kerana ia berada didalam hati manusia dan hana Allah shj yang tahu. jadi....... method dakwah dgn fesyen bkanlah suatu yang x patut bg saya. kita semua tahu kita berada dizaman apa.

    ReplyDelete